Sunday, 5 November 2017

New Joiner!

  
Haluu, sedar tak sedar sudah hari rabu dah hari ni, yang buatkan cikda excited sebab, esok cikda cuti, jumaat pun, siapa tak happy bila cuti oi! hahahaha. Plan nak balik kampung saja. Tak pi mana pun. Hari ni cikda dapat team mate baru! Muda dua tahun dari cikda. Teringat masa cikda awal-awal mula kerja hampir 3 tahun lepas? And masa tu pun, cikda umur sama macam new joiner ni. Rasa pejam celik, dah nak masuk 3 tahun sejak cikda mula bekerja dalam bidang IT ni.
Sebelum dapat kerja bidang ni, cikda ada kerja part time jugak. Kerja ala-ala call center lepas tu kerja restoren (in caj bahagian basuh pinggan) hahaha, bukan takat basih pinggan, sapu lantai, mop lantai, buang sampah, cuci grease trap pun selalu tau. Banyak jenis orang cikda jumpa waktu ni yang mana masa belajar dulu tak pernah jumpa.
Dari situ, I learnt a bit about the world?
Masa kerja ala-ala call center tu, cikda jumpa sorang kakak ni. Sorang yang masuk air, tapi percakapannya ada input. Bukan maksud serius je sepanjang masa, tapi bila nak mintak pendapat, memang boleh diterima pakai lah pendapat dia. Sampai sekarang, masih berhubung. Banyak kakak ni ajar cikda, pasal life. Ada benda yang kita nak tapi tak boleh dapat, itu kita kena redha. Bila mana kita ada masalah, tengok balik dari sudut lain, macam mana kita nak survive dari masalah tu. Ada benda yang kita boleh control, mana yang tak boleh tu, tawakal, He knows the very best. Macam-macam kawan jumpa waktu ni. Kena kuat jati diri, kalau tak, boleh terpengaruh. Semuanya membina. Best kawan dengan diorang. Macam ragam, macam karenah, up till one-point, buat kita muhasabah diri balik.
Cikda suka untuk reflect diri dengan keadaan sekeliling. Bukan bermaksud kita judge orang or rendahkan orang lain, tapi kita belajar untuk perbaiki diri. Muhasabah diri. Timbang balik mana yang baik mana yang buruk. Semua perkara baik, amalan baik, jadi ikutan dan buat pedoman. Segala yang tak baik kita jadikan sempadan dan peringatan. Sebab kalau ikutkan manusia memang buat salah, termasuk cikda sendiri.
1st office IT official cikda, banyak kasi peluang untuk cikda belajar. Belajar berdikari. Itu antara benda yang cikda boleh banggakan jugak lah, walau tak banyak mana. Huhu. Selain dari tu, rakan sekerja pun best! Banyak input yang cikda peroleh masa di 1st office ni, sayangnya dengar office cikda yang ni hampir nak tutup. Apa-apa pun, kita doa yang baik-baik sahaja ya.
Untuk 2nd office cikda ni, biar dululah. Nanti cikda sambung lagi, ok!
Sebelum cikda undurkan diri,
            “Not only your success do matter, your journey is matter more, how you deals with struggle, obstacle, pain, hardship is much more valuable to be proud of, It’s how you deal with inner conflict is important.”
Pergi Melaka jangan lupa naik beca,
Terima kasih sudi baca!

Hihi.

Lots of love,
cikdaxoxo



No comments:

Post a Comment