Love of a mother is ...
1. She will always put you on top of everything
2. Pray always for your well being
3. Remember you in everything she did
4. Always come back every time you push them away or waiting the right moment to come back whenever you ready
5. Prepare the best on table so you can have the best meal
6. And the list go on ...
Be bless with the blessings you received from your parent.
D'Cikda Honey
Thursday, 28 May 2020
Monday, 22 October 2018
We cant control everything
In my line of work now, Cikda perasan sesuatu yang boleh dikaitkan dengan real-situation dalam kehidupan yang lain.
.
Iaitu, kita tak boleh control apa-apa yang berkaitan dengan manusia. Contoh mudah, pendapat ataupun pilihan.
.
Sama macam pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Sama macam si A suka makan asam pedas dan si B pula tak suka makan asam pedas. Sama macam si A suka tengok wayang dan si B benci tengok wayang. Ini semua pilihan manusia itu sendiri, kita tak boleh control, A kene minat Fazura dan B pun kena minat Fazura. Tak boleh, ini adalah melanggar kebebasan demokrasi, atau hak asasi manusia itu sendiri. Apa yang boleh kita buat apabila berjumpa dengan mereka yang tidak sependapat dengan kita?
.
Respect. Hormat. Kita kena hormati pendapat orang lain. Barulah dapat wujudkan masyarakat yang harmoni, dan kalau sesama rakan sekerja, tak lah datang ofis stress je manjang. Tapi in a way, kadang-kadang kita tak perasan, yang kita ada sentuh sensitif isu dengan orang sekeliling, nah, disini lah konsep mintak maaf diperlukan * itupun kalau perasan ada buat salah dengan orang; buat orang lain sentap misalnya.
.
Sebagai konklusi, hormati pendapat orang lain adalah penting. Kerana tanpa sifat hormat-menghormati, there is something wrong with the humanity.
.
And be thankful with every little tiny good things you have, because some others might not have that.
Wednesday, 4 July 2018
Pendirian dan Perhubungan
Nama pun negara demokrasi...
.
Situasi A
Acik : Ha, yelah, cuma tak tahu bila kan?
Midah : !@#$%^&*()
Situasi B
Mat : ...... (Senyum, nekad dengan keputusan)
Di kampung Mat....
Alhamdulillah, ada rezeki mak naik kereta kau, Mat, walaupun mak tak ada kereta.
Nota kaki; Mat anak sulung ye.
Konklusi
.
Situasi A
Acik : Eh, kau ni Midah bila nak kahwin eh? Ramai kawan-kawan sebaya kau dah kahwin. Umur kau pun bukan makin lama makin muda, makin tua tahu! Acik tak faham lah dengan budak-budak zaman sekarang, entah apa yang nak dicari nya. Nak tunggu lama-lama buat apa? Ke kau yang jual mahal Midah?
Midah : Jodoh belum sampai Acik, nanti dah sampai Midah jemputlah Acik datang ke majlis.
Acik : Ha, yelah, cuma tak tahu bila kan?
Midah : !@#$%^&*()
Situasi B
Polan A: Kau ni Mat, gaji cukup-cukup makan je, nak angkat kereta satu, kau nak makan apa nanti hujung bulan, megi? (walaupun si Mat ni xpernah pun pinjam duet dengan Polan A)
Mat : ...... (Senyum, nekad dengan keputusan)
Di kampung Mat....
Alhamdulillah, ada rezeki mak naik kereta kau, Mat, walaupun mak tak ada kereta.
Nota kaki; Mat anak sulung ye.
Konklusi
Betul, setiap dari kita warganegara di bumi bertuah, masing-masing ada hak & kebebasan bersuara / hasil dari negara demokrasi. Tapi, kalau dari hasil dari hak demokrasi tu (mengutarakan pendapat sendiri), lebih banyak yang negatif, lebih baik kontrol sikit. Kalau berbicara pasal isu sensitif (pada anda mungkin perkara biasa, tapi pada orang lain sangat sensitif; boleh kaitkan dengan situasi di atas dan situasi lain), tolong jangan terlalu blunt dalam berkata-kata. Tak semua dari kita punyai pendapat yang sama. Tak semua dari kita punyai hati yang sabar, tabah, sado. Tak semua dari kita melalui situasi yang sama. Tolonglah berbuat ihsan sesama manusia. Berkata tanpa menyakitkan hati orang lain itu ihsan, tolong menolong sesama insan juga ihsan.
"Alah, dia tu cakap pun menyakitkan hati aku, apa pasal aku kena cakap baik-baik dengan dia pulak? Erghhh."
Berbuat baik dengan orang yang pernah berbuat jahat dengan kita, itu pun termasuk dalam kategori ihsan. Hakikatnya, adakah kita 100% yakin, yang kita tak pernah berbuat jahat pada orang lain?
Tepuk dada, tolong tanya hati. Jadi, diri sendiri pun tak boleh marah secara berlebihan sebab kita sendiri pun pernah berbuat tak baik kepada orang lain. Memang lumrah manusia, satu keburukan akan menutup 9 kebaikan yang lain.
In a way, tak salah rasanya untuk telan sedikit pendirian kita (bergantung situasi yang bersesuaian), untuk menghargai perhubungan yang ada, tak kisahlah, antara kekasih, kawan. Muhasabah balik diri sendiri supaya hilang rasa total 'Aku betul, dia salah'.
Bak kata pujangga:
Bak kata pujangga:
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
