Sunday, 8 April 2018

Cara Tukar Nama Geran Kereta (Terus dari Owner)

Bulan lepas Cikda pergi uruskan proses potong nama geran kereta (beli terus dengan onwer, bukan dari kedai). Sebab tak tahu proses dia, tu yang macam leceh proses dia (walhal senang ja). Di sini, Cikda listkan proses yang korang boleh gunakan kemudian.


  1. Sebelum tukar nama, korang wajib bawa kereta yang nak dibeli, cek di Puspakom. Kalau Puspakom kata ok, then boleh proceed yang lain. Tujuan cek kereta di Puspakom adalah untuk pastikan kereta yang korang nak beli tu selamat dan mematuhi piawaian kereta (sesetengah kereta dah di ubah suai). Kat Puspakom ni ada dua cara nak amik no giliran, satu walk-in ( korang kene datang awal, kalau datang pukul 11 nak amik no giliran secara walk in, rasa macam tak dapat giliran, sebab ramai) . Keduanya, booking dulu. Cikda pergi di Puspakom Seremban (0351017000). Ni nombor ofis ibupejabat di wangsa maju kalau tak salah. Mana yang nak booking nombor giliran di Puspakom Seremban dan WangsaMaju boleh call nombor ni. Nanti diorang akan tanya details2 yang terlibat. Dah dapat booking nombor, datang Puspakom boleh terus beratur tunggu giliran.
  2. Dah dapat greenlight dari Puspakom, boleh pergi hidupkan insurans. Kalau nak tukar nama kat insurans kereta tu pulak, pergi kat agen dia. Dan ikut pada korang nak beli insurans yang mana satu, kalau insurans onwer kereta lama masih ada, duet insurans tu akan refund balik kepada onwer lama. Dan korang kene bayar baru. (Boleh buat ni, kalau tak nak ada kene mengena lagi dengan owner lama ya).
  3. Lepas dah setel hidupkan insurans atas nama pembeli baru, kemudian baru boleh pergi ke JPJ untuk potong nama geran kereta tu. Cikda uruskan ni, bawak sekali owner lama kereta ni jugak. Haha. Di JPJ, pekerja akan mintak IC kita dan IC owner lama, dan akan mintak cap jari kedua-duanya. Dan bayaran rm100 dikenakan. Kalau owner lama tak datang sekali dengan korang, kalau Cikda tak salah, waktu seminggu sahaja diberikan kepada owner lama untuk datang ke JPJ dan buat proses potong nama.
  4. Dan tada! Setel dah. Senang sahaja, janji tahu cara. Ni cara yang Cikda apply hari tu. Kalau korang google, ada ramai jugak yang share cara-cara nak potong nama geran kereta. 

Semoga membantu! :) 

No comments:

Post a Comment