Hidup ini ujian. Dunya is no rest place. T.T Setiap ujian yang didatangkan adalah sebab/tanda DIA sayang dan ingat pada kita ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜. DIA nak kita kembali ke pangkal jalan. Walau berapa banyak maksiat/dosa yang kita lakukan, DIA akan sentiasa bagi peluang untul bertaubat; iaitu dengan mendatangkan ujian.
Dalam masa diri ditimpakan ujian, jangan-jangan sesekali berhenti berdoa semoga teguhkan hati untuk berharap sepenuhnya dengan DIA. Sentiasa bisik pada diri sendiri agar dikuatkan hati untuk terus menerus tawakal setelah berusaha sebaik mungkin.
Lagi indah kalau setiap pekerjaan kita, diiringi dengan redha mak abah. T.T
Syukur pula pada pandangan cikda, sangat variety. Contoh; sedekah rm1 besar pahala dan maknanya. Rm1 mungkin biasa pada kita, nilainya mungkin sama untuk sepeket tisu muka, tapi pada sesetengah orang, rm1 sangat-sangat berharga. Boleh beli roti untuk kelangsungan hidup dek kerana rezekinya hanya dengan satu roti. Seharusnya bersyukur dengan rezeki sendiri, mungkin DIA hadirkan rezeki yang lebih pada kita sebagai jalan kepada rezeki orang lain; iaitu dengan melalui sedekah.
Abah selalu pesan, duit ditangan jangan digenggam terlalu kuat; maksudnya pada pemahaman cikda, jangan terlalu berkira-kira untuk utk belanjakannya. Mungkin interprestasi korang, elehh, belanja aku lah kalau gitu, tapi pada cikda lebih baik gunakan untuk yang betul-betul tak berkemampuan.
Cikda sangat suka dengan perumpamaan ukur baju dibadan sendiri. Media sosial kini penuh dengan lambakan post-post oot, menu makan, checkpoints sewaktu bercuti, ini semua secara tidak langsung melahirkan so called 'whatever it is, i must keep up with the current wave something like that', which is wrong in a way. Cikda harap cikda akan selamat dari wave yang bergini. Aminn.
No comments:
Post a Comment